BM | EN | 中文

2019-nCOV-Johor sentiasa berkongsi maklumat terkini bersama pemain industri

Liow_Cai_Tung.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 JAN: Industri pelancongan negeri Johor sedang bersiap siaga untuk menghadapi situasi virus Wuhan atau 2019-nCOV yang semakin serius.

Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, pihaknya amat mengambil berat tentang perkembangan isu semasa ini.

Katanya, berikutan itu, kerajaan negeri sentiasa berkongsi maklumat terkini bersama pemain industri.

Advertisement

“Johor sebagai pintu masuk selatan ke Malaysia adalah sangat penting untuk menerima pelancong terutamanya melalui dua pintu masuk CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.

“Oleh itu, taklimat akan diadakan dari semasa ke semasa antara Jabatan Kesihatan Johor, agensi berkenaan dengan pemain industri pelancongan untuk memberi keterangan tentang protokol dan pendekatan yang perlu diikuti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya berkata, ini termasuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mempertingkatkan amalan sanitari serta memantau keadaan kesihatan pelancong ketika berada di sini.

Advertisement

Pada masa ini, slip kesihatan juga diberikan kepada pelancong yang masuk ke negeri Johor melalui semua pintu masuk untuk mendapatkan maklumat kesihatan mereka secara sukarela.

“Negara China telah mengeluarkan sekatan perjalanan dari Wuhan dan kawasan sekitarnya sejak 23 Januari. Jadi, kami menjangkakan pelancong dari kawasan yang terjejas akan berkurang dan diharapkan akan membantu memulihkan keadaan.

“Situasi luar jangkaan ini akan sedikit sebanyak menjejaskan Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2020 dalam jangka pendek. Walau bagaimanapun, tumpuan kerajaan negeri sekarang adalah kesihatan rakyat Malaysia dan pelancong di sini.

Advertisement

“Kami akan merumuskan strategi pelancongan setelah keadaan wabak ini terkandung. Saya berharap masyarakat bertenang dan berdoa agar pemulihan mangsa-mangsa yang dijangkiti virus ini, tidak mengira warga negara mereka,” katanya lagi.

Beliau juga menasihati rakyat untuk mendapatkan berita daripada saluran rasmi dan tidak menyebarkan berita tanpa sumber yang sahih.

Johorkiniliolio

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top