BM | EN | 中文

20,000 kunjungi program Jom Masuk IPT zon Johor

kpm-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 FEB: Seramai kira-kira 20,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Program Jom Masuk IPT (JMIPT) Zon Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada bermula semalam hingga hari ini.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar berkata, pihaknya berbesar hati atas kepercayaan diberi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pihaknya sebagai penganjur program di negeri selatan tanahair ini.

“Pastinya kejayaan penganjuran Zon Selatan akan memberi impak kepada kejayaan siri jelajah di tujuh lagi lokasi yang akan menyusul selepas ini.

Advertisement

“Kerjasama antara KPM dan UTM amat dihargai kerana program Jom Masuk IPT merupakan peluang terbaik UTM sebagai universiti awam dalam menyebarluas peluang pendidikan tinggi di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama sempena perasmian Program Jom Masuk IPT (JMIPT) Zon Johor 2020 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, disini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan serta Pengarah Pendidikan Negeri, Azman Adnan.

Advertisement

Sementara itu, tinjauan JohorKini mendapati penganjur turut membekalkan topeng penutup hidung dan mulut kepada pengunjung selain alat menyediakan pencuci tangan (sanitizer) di pintu masuk laluan utama ke ruangan pameran.

Program dua hari itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya panduan melanjutkan pelajaran, semakan permohonan ke IPT secara dalam talian dan khidmat nasihat oleh tenaga akademik dari universiti terpilih.

Lebih 100 ruang pameran dibuka melibatkan 75 wakil dari pelbagai institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Awam, Kolej Matrikulasi dan universiti swasta dari seluruh negara.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top