JOHOR BAHRU, 16 SEPT : Kira-kira 2,000 peserta dijangka menyertai Johor Bahru Canser Fun Run, menurut Pengarah program itu, Napsiah Khamis.
Larian amal sejauh 5 KM itu bakal diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini, pada 28 September depan.
“Program ini merupakan satu program larian amal sejauh 5 KM bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap penyakit kanser.
“Sedia maklum bahawa larian merupakan satu aktiviti fizikal atau riadah yang amat popular di negara kita.
“Melalui aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan di kalangan serta dapat meningkatkan tahap kecergasan diri masing,” katanya.
Tambah Napsiah lagi, program larian itu dijangka akan dirasmikan oleh Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Dr Zaleha Mustaffa.
“Selain itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir turut dijangka hadir,” katanya yang memberitahu program itu mendapat kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berharap penglibatan dalam program itu dapat memupuk kesedaran masyarakat terhadap penyakit kanser sekaligus mengamalkan gaya hidup sihat.
Johorkini