BM | EN | 中文

200 SERTAI LARIAN AMAL ‘ALTRUISM FUN RUN 2019’

IMG-20191208-WA0011.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 DIS : Seramai 200 peserta menyertai Program larian ‘Altruism Fun Run 2019’ yang berlangsung di Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Jalan Datin Halimah, di sini, semalam.

Program larian amal itu dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) Tanjung Puteri, di sini, pusat pemulihan dan kemahiran yang menempatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi tujuan pembelajaran dan kemahiran golongan tersebut.

Program yang julung kali diadakan itu adalah program usahasama Pejabat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dan juga Pertubuhan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Kerajaan Negeri Johor (JASMINE).

Advertisement

Ianya dirasmikan oleh Adun Larkin,  Mohd Izhar Ahmad.

Pengerusi PKPDK Tanjung Puteri, Rozah Abu Bakar berkata, program itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat agar lebih prihatin serta tidak menyisihkan golongan istimewa ini melalui aktiviti sihat dengan bersukan.

“Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan serta mencapai objektif yang disasarkan”

Advertisement

“Selain itu, program ini bertujuan mengumpul dana kebajikan bagi kegunaan keperluan PKPDK Tanjung Puteri.

“Yuran dari penyertaan disalurkan terus ke dalam tabung kebajikan pusat pemulihan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, lebih RM40,000 dana berjaya dikumpulkan hasil sumbangan dari agensi kerajaan dan juga swasta yang turut sama menjayakan program tersebut.

Advertisement

“Acara sampingan yang turut diadakan adalah pertandingan  mewarna yang disertai oleh anak-anak OKU dan pertandingan gubahan bunga,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top