BM | EN | 中文

200 PESERTA REBUT GELARAN JUARA ‘PACAK, GOYANG DAN TUNGGU’

E4790545-0519-454E-B1CF-B045B3ADFC33.jpeg
Advertisement

MERSING, 17 OGOS: Kira-kira 200 peserta berentap bagi merebut gelaran juara pertandingan memancing ‘Pacak, Goyang dan Tunggu’ yang berlangsung di pantai Kampung Semanyir, Endau di sini, hari ini.

Penganjur, Nasharudin Mohamad berkata, penganjuran program tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti bersempena Karnival Kemerdekaan ‘Sayangi Pantai Kampungku’ 2019 yang julung kali diadakan di kampung tersebut.

Advertisement

“Kelebihan yang ada pada pertandingan yang kita anjurkan ialah kerana yuran pertandingan yang murah dan setiap peserta mendapat t-shirt (penyertaan).

“Selain dari itu, kita juga ingin mempromosikan pasukan ‘Pacak’ kami sendiri, kata Nasharudin, yang merupakan pengerusi Kelab ‘Pacak Puyu’ yang berpangkalan di Batu Pahat.

Tambahnya, meskipun pertandingan ini adalah kali pertama dianjurkan oleh pasukannya, namun mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat, termasuk pemancing dari negeri Pahang.

Advertisement

“Harapan kami agar pertandingan ini akan mendapat penyertaan yang lebih ramai pada masa akan datang.

“Kami juga merancang agar pertandingan ini dapat dijadikan acara tahunan,” kata Nasharuddin.

Advertisement

Sementara itu seorang peserta, Mohd Afandi, 68, ketika ditemui Johorkini berkata, ‘Pacak, Goyang dan Tunggu’ menghidupkan semula pantai Kampung Semanyir, yang ‘sunyi’.

“Orang lebih minat untuk datang, sebab disini (Semanyir), dapat ‘barang lebih,” katanya menjelaskan, ikan ‘mudah naik’ di pantai tersebut.

Kata Afandi, beliau bersama kelab memancing ‘Last Minute’ yang terdiri dari pemancing di sektar daerah Endau-Rompin menghantar kira-kira 15 orang wakil untuk menyertai pertandingan kali ini.

Advertisement

“Biasanya, kalau orang yang datang (masuk bertanding) akan berasa puas hati dengan hasil tangkapan,” kata Afandi sambil menambah, cuaca dan keadaan laut di sepanjang pesisir pantai di daerah Endau kini pada keadaan terbaik, sebelum musim tengkujuh menjelang November nanti.

Pertandingan memancing ‘Pacak, Goyang dan Tunggu’ yang akan berakhir pada petang ini turut menawarkan berupa hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

Advertisement

Program yang dianjurkan Mersing Care dan Ahli Majlis Daerah Mersing turut mendapat kerjasama daripada Majlis Daerah Mersing, MPKK Semanyir, MPKK Sungai Padang, MPKK Belukang Juling, Pejabat Daerah Mersing, SAJ Ranhill, JKR Mersing, selain ahli jawatankuasa pertubuhan-pertubuhan belia setempat.

Selain itu turut diadakan pertandingan bola sepak pantai, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan boling kelapa, tarik tali, pancing botol selain hadiah istimewa kepada orang ramai yang hadir melalui cabutan bertuah.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top