BM | EN | 中文

20 peratus murid tahap satu di Johor tercicir 3M

20-peratus-murid-tahap-satu-di-Johor-tercicir-3M.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 DIS: Kerajaan Johor menganggarkan sehingga 20 peratus daripada seramai 131,281 murid tahap satu di negeri ini gagal menguasai tiga kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M) dengan baik.

Exco Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu antara faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut.

Sehubungan itu, menurut beliau, kerajaan negeri telah merangka program khas iaitu Didik Johor dengan peruntukan RM450,000 bagi membantu murid yang tercicir dalam menguasai kemahiran 3M.

Advertisement

“Program Didik Johor yang akan mula dilaksanakan tahun depan itu akan dibantu guru-guru pakar melalui pelaksanaan kaedah tuisyen.

“Program perintis yang dikelolakan Yayasan Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah dilaksana sejak bulan lalu melibatkan perumahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, PPR Kempas, dan PPR Bakar Batu,” kata beliau, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Penjana KPT Cap@Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, di sini hari ini.

Advertisement

Sementara itu, dalam program berkenaan, Mazlan turut memberitahu seramai 500 graduan menganggur di negeri ini akan menjadi penerima manfaat program Penjana KPT-CAP Johor.

Ujarnya, menerusi program berkenaan, graduan anak Johor yang bermastautin di negeri ini akan memperoleh Sijil Perkhidmatan Makanan dan Perkhidmatan Baristar menerusi latihan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Graduan yang mengikuti kursus ini akan diberikan elaun makan minum dan tempat tinggal. Mereka akan menjalani latihan industri di restoran makanan segera sebagai pelatih pengurusan dan pengendali makanan.

Advertisement

“Selepas tamat program, mereka akan terus diserap bekerja secara automatik apabila tamat latihan. Inisiatif ini dirangka bagi membantu graduan menganggur mendapatkan pekerjaan dalam tempoh pandemik Covid-19,” jelasnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top