BM | EN | 中文

20 lokasi di pantai barat Johor dikesan laluan keluar masuk migran – Maritim

maritim-pontian-johor.jpg
Advertisement

PONTIAN, 20 MEI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengesan lebih daripada 20 lokasi ‘panas’ atau ‘lorong tikus’ di Johor, yang dipercayai menjadi laluan masuk dan keluar migran dari Indonesia ke negara ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, salah satu lokasi tersebut ialah di perairan Johor Barat yang bermula dari Kukup, Pontian, hingga ke Batu Pahat.

“Kawasan ini dipilih kerana beberapa faktor, antaranya diliputi dengan hutan belukar atau paya bakau, yang memudahkan mereka menyelinap masuk atau keluar.

Advertisement

“Ia juga menjadi pilihan kerana kurangnya penempatan kampung-kampung di kawasan terbabit, tetapi faktor kampung ini bukanlah penyebab utama kerana ada sesetengah tempat, mereka gunakan kawasan kampung untuk naik (keluar atau mendarat),” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi pemantauan ‘hotspot’ atau laluan tikus pendatang tanpa izin menggunakan Kapal KM Nipah di perairan Johor Barat di sini, semalam.

Sanifah menambah faktor lain yang turut menyebabkan kawasan ini disukai ialah kerana kedudukan sempadan perairan negara yang hanya kira-kira 15 batu nautika dari Pulau Karimun dan Rupat, di Indonesia.

Advertisement

“Bermakna jika kita hendak sampai ke kedua-dua pulau tersebut, ia cuma mengambil masa antara 45 minit hingga sejam, menggunakan bot laju,” katanya.

Sertai kumpulan telegram Johorkini untuk mengetahui isu-isu semasa di Johor

Justeru, dengan mengambil kira faktor-faktor ini, Maritim Johor kata Sanifah, akan terus mempergiatkan operasi dan rondaan di perairan Johor terutama pada musim perayaan Aidilfitri ini, bagi menyekat kemasukan migran ke dalam negara.

Advertisement

“Langkah ini perlu dibuat sebagai membendung penularan wabak Covid-19, kerana kita jangkakan waktu puncak untuk mereka (pendatang tanpa izin) kembali ke Malaysia adalah seminggu selepas raya untuk bekerja di pelbagai sektor.

“Jadi untuk ini, kita akan cuba memaksimumkan penggunaan aset sedia ada, selain menugaskan kira-kira 500 anggota secara bergilir-gilir di keseluruhan kawasan perairan seluas 23,428 km persegi,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top