BM | EN | 中文

20 individu ditahan sertai parti liar di tiga lokasi di Johor Bahru

parti-liar.jpg

Gambar Ehsan Bernama / Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 APR: Seramai 20 individu yang leka berhibur dalam parti liar ditahan dalam tiga serbuan polis di Johor Bahru sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada semalam dan kelmarin.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, serbuan pertama dilakukan di sebuah kediaman yang dijadikan inap desa di Masai pada kira-kira 11.30 malam kelmarin dan hasilnya empat lelaki berusia lingkungan 27 tahun ditahan.

Bernama melaporkan Ayob sebagai berkata, siasatan awal mendapati kesemua mereka bukan penghuni premis tersebut serta gagal memberi alasan munasabah untuk berkumpul.

Advertisement

Manakala dalam serbuan kedua, iaitu di sebuah unit pangsapuri di Johor Bahru, pada awal pagi kelmarin, polis menahan lima lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 21 dan 26 tahun serta merampas dadah disyaki jenis ketamin seberat 0.5 gram.

Empat daripada mereka positif dadah jenis ketamin manakala dua lagi positif metaphetamine dan dua daripada suspek yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

Ayob berkata pada serbuan ketiga pula dijalankan terhadap sebuah inap desa di Johor Bahru pada 1 pagi semalam dan polis menahan sembilan individu yang terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun.

Advertisement

“Hasil saringan mendapati lima daripada mereka positif dadah jenis ketamin dan THC selain dua orang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya sambil menambah bahawa kesemua mereka kini direman untuk siasatan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top