BM | EN | 中文

20 ditahan di sarang penagihan dadah dekat Pontian

Duit-dadah-Gari-PDRM.jpeg

Gambar Hiasan

Advertisement

PONTIAN, 15 MAC: Polis menahan 19 lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di ‘port’ penagihan dadah di Kampung Sri Mahkota, Pontian Besar, di sini, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daetah, Deputi Supritenden Azri Noraini berkata, serbuan pada pukul 5 pagi dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Pontian.

Katanya, mereka yang ditahan berusia 20 tahun hingga 42 tahun atas kesalahan melibatkan dadah.

Advertisement

“Dua individu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 manakala tiga orang di di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952,” katanya, lapor Utusan Online.

Menurut Azri, 13 orang pula disiasat dibawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 kerana kandungan air kencing positif dadah dan seorang disiasat di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas pejawat awam.

“Manakala dua individu saringan air kencing negatif. Jumlah rampasan pula dadah jenis heroin antara 10 hingga 15 gram dan syabu dengan berat 7.43 gram yang bernilai RM434.48,” kata kenyataan itu.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top