BM | EN | 中文

2.7 juta rakyat Johor terlibat Banci Malaysia 2020

banci-malaysia-2020.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 APR: Seramai 2.7 juta rakyat Johor terlibat dalam Banci Malaysia 2020 bermula 7 Julai tahun lepas membabitkan satu juta kediaman di seluruh negeri, kata Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia (Program Ekonomi), Datin Seri Rozita Talha.

Rozita yang juga Timbalan Pesuruhjaya Banci 2020 berkata, bagi menggalakkan lebih ramai penduduk di negeri ini dibanci, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengadakan program turun padang iaitu Program Pelaksanaan Banci Malaysia bersama pembanci di Muar pada Ahad.

Beliau berkata, program berkenaan bertujuan untuk membuat pemantauan pelaksanaan banci secara bersemuka dari rumah ke rumah sekali gus dapat memberikan publisiti kepada Banci Malaysia 2020 yang sedang giat dilaksanakan di seluruh negara pada masa kini.

Advertisement

“Banci Malaysia 2020 merupakan peluang yang diberikan kerajaan setiap 10 tahun kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menyatakan keperluan yang diperlukan sama ada dari segi kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, capaian Internet serta kemudahan awam seperti jalan raya, rekreasi, bekalan air dan elektrik.

“Banci Malaysia 2020 meliputi semua penduduk di Malaysia iaitu warganegara dan bukan warganegara. Data yang dikumpul menjadi nadi utama dalam pembentukan dasar oleh kerajaan dan pihak berkepentingan serta rujukan penganalisis,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, operasi Banci Malaysia 2020 di lapangan di seluruh negara dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard-Operasi Pembancian di Lapangan Banci 2020 dan tertakluk kepada arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara dari masa ke masa.

Advertisement

“Semua penduduk diseru untuk menjayakan Banci Malaysia 2020 dalam memastikan tiada yang ketinggalan demi masa depan bersama. Kejayaan negara dan kesejahteraan hidup yang dinikmati pada hari ini adalah hasil penyaluran maklumat penduduk daripada banci-banci terdahulu,” tambahnya.

Untuk rekod, sehingga kini, 16.3 juta atau 49.9 peratus daripada anggaran 32.7 juta rakyat Malaysia telah dibanci.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top