BM | EN | 中文

1MDB bukan kes peribadi, tapi libat kepentingan negara dan rakyat – Tony Pua

1mdb.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee bertegas meneruskan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan salah laku dalam jawatan awam berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau dalam satu kenyataan berkata, saman difailkan olehnya empat tahun lalu itu bukan bersifat peribadi tetapi bertujuan untuk memelihara kepentingan awam.

“Kes saya terhadap Najib bukannya kes ‘peribadi’. Oleh itu, keputusan untuk mencapai penyelesaian bukanlah satu keputusan yang boleh atau patut dibuat oleh saya secara peribadi.

Advertisement

“Ia merupakan tuntutan bagi pihak rakyat terhadap kelalaian atau penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa oleh Najib dalam skandal 1MDB, yang telah menyebabkan kerugian berbilion-bilion ringgit oleh kerajaan dan rakyat, secara langsung dan tidak langsung,” katanya.

Pua dilaporkan Roketkini sebagai berkata, bekas Perdana Menteri itu sehingga hari ini masih belum mengakui kesalahan beliau dan tidak mahu mengaku bertanggungjawab menyebabkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.

“Oleh itu, saya percaya rakyat akan setuju bahawa tiada alasan untuk penyelesaian dalam kes ini. Kami akan memaklumkan pendirian tersebut kepada mahkamah,” tegasnya.

Advertisement

Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Januari lalu mencadangkan supaya kes saman difailkan Tony terhadap Najib itu diselesaikan secara baik.

Peguam, Tan Cheng Leong yang mewakili Tony berkata, Hakim Datuk Rozana Ali Yusof meminta supaya pihak-pihak terlibat berbincang untuk mencari penyelesaian terhadap kes tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top