BM | EN | 中文

19 sektor pekerjaan baharu layak terima perlindungan insurans Perkeso

Liow-cai-tung.jpg

Liow Cai Tung (dua kanan) menyampaikan cek bayaran pertama Perkeso kepada waris orang berinsurans di bawah skim Perkeso.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 FEB: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor telah memperkenalkan 19 sektor baharu dalam memastikan setiap rakyat di negara ini mendapat perlindungan insurans.

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, liputan insurans baharu itu telah mula dilaksanakan bermula 1 Januari tahun ini.

“Menerusi program ini, sebanyak 19 sektor pekerjaan layak mendapat perlindungan insurans Perkeso, antara sektor tersebut adalah penjaja, seniman, pembinaan, pertanian, penternakan dan sebagainya.

Advertisement

“Menerusi skim ini, mereka boleh membuat caruman minimum berjumlah RM13.10 sebulan untuk mendapatkan lapan faedah dibawah skim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika mengunjungi salah seorang waris penerima insurans di Taman Molek, di sini hari ini.

Turut hadir, ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung dan ADUN Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh.

Advertisement

Tambah Sing Chuang, manfaat seperti pencen yang boleh diterima waris sekiranya berlaku sebarang perkara terhadap orang berinsurans adalah seumur hidup.

Sementara itu, Cai Tung turut memberitahu pihaknya akan bekerjasama dengan Pejabat Parlimen Pasir Gudang untuk mengadakan program taklimat kepada penduduk berhubung manfaat program baharu Perkeso itu.

“Saya menyeru semua masyarakat untuk mendapatkan perlindungan Perkeso, khususnya buat mereka yang bekerja dalam 19 sektor baharu yang telah diperkenalkan bermula tahun ini.

Advertisement

“Kami juga akan mengadakan program berbentuk taklimat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya penduduk sekitar,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top