BM | EN | 中文

19 Adun PH desak kerajaan negeri segerakan pembaharuan Kad Sihat Johor

PH-Johor-Pakatan-Harapan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 MAC: Seramai 19 Adun Pakatan Harapan (PH) Johor mendesak kerajaan negeri menyegerakan proses pembaharuan secara automatik permohonan Kad Sihat Johor bagi tahun 2021.

Dalam kenyataan bersama 19 Adun PH Johor itu, kerajaan negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) diminta memberi penjelasan kelewatan proses pembaharuan secara automatik dan membuka proses permohonan baru Kad Sihat Johor bagi tahun 2021.

“Adun Pakatan Harapan (PH) Johor menyambut baik hasrat kerajaan negeri PN Johor yang akan meneruskan Program Kad Sihat Johor pada tahun ini seperti dinyatakan Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan semasa penggulungan Belanjawan Johor 2021 di sidang Dewan Negeri Johor pada 3 Disember 2020.

Advertisement

“Tetapi, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor menyatakan bahawa pihak kerajaan PN Johor sedang meneliti mekanisme yang lebih produktif dan berkesan bagi pelaksanaan Kad Sihat Johor bagi tahun 2021 di sidang DUN yang sama.

“Malangnya, sudah lepas tiga bulan, kerajaan negeri PN Johor masih tidak dapat mengenalpasti mekanisme pelaksanaan Kad Sihat Johor bagi tahun 2021 yang lebih produktif dan berkesan seperti yang dinyatakan dalam sidang DUN lepas.

“Apakah punca sebenarnya? menurut kenyataan bersama itu.

Advertisement

Menurut kenyataan bersama itu, pusat khidmat Adun PH Johor menerima banyak maklumbalas daripada pemegang Kad Sihat Johor tersebut tidak boleh digunakan untuk bayaran kos rawatan kesihatan asas ketika mereka ingin mendapatkan rawatan perubatan daripada kilink panel.

Difahamkan pemegang Kad Sihat Johor telah dimaklumkan bahawa tempoh sah terakhir kegunaan bagi kad tersebut telah tamat pada 31 Disember 2020 oleh petugas panel klinik.

“Sehingga kini, pemegang Kad Sihat Johor sedia ada tidak menerima kad baru menyebabkan mereka tidak dapat menikmati rawatan kesihatan asas di panel-panel klinik yang disediakan oleh kerajaan negeri PH sebelum ini

Advertisement

“Rakyat Johor yang berkelayakan tidak dapat membuat permohonan baru disebabkan tiada kenyataan rasmi daripada kerajaan negeri berkenaan permohonan Kad Sihat Johor bagi tahun 2021 telah dibuka,” ujarnya lanjut.

Kenyataan itu disokong oleh Khairuddin A. Rahim (Senggarang), Nor Hayati Bachok (Maharani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar) Muhammad Taqiuddin Cheman (Pulai Sebatang), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) Dr. Sulaiman Mohd Nor (Kemelah) Ir Dr Faizul Amri Adnan (Serom) dan Tan Chen Choon (Jementah).

Selain itu ia turut disokong Tan Hong Pin (Skudai), Ng Yak Howe (Bentayan), Yeo Tung Siong (Pekan Nanas), Cheo Yee How (Perling), Chew Chong Sin (Mengkibol), Ee Chin Li (Tangkak), Dr S. Ramakrishnan (Bekok) Sheikh ‘Umar Bagharib Ali (Paloh),
Chew Peck Choo (Yong Peng), Gan Peck Cheng (Penggaram) dan S. Gopalakrishnan (Tiram).

Advertisement

Program Kad Sihat Johor merupakan inisiatif kerajaan PH untuk membantu rakyat Johor terutamanya golongan B40 bagi meringankan beban perbelanjaan perubatan yang terbahagi kepada kategori individu dan keluarga.

Justeru itu, kami meminta penjelasan dan menggesa kerajaan negeri PN Johor mempercepatkan proses pembaharuan secara automatik dan membuka proses permohonan baru Kad Sihat Johor bagi tahun 2021.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top