BM | EN | 中文

182 mangsa banjir setakat jam 4 petang

poster-banjir.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 24 DIS: Setakat jam 4 petang hari ini, hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka akibat banjir di negeri ini membabitkan seramai 182 mangsa daripada 42 buah keluarga.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, hanya Segamat yang masih terjejas akibat banjir.

“Empat PPS yang masih beroperasi adalah di Balairaya Batu Badak, Kompleks Penghulu Pogoh, Balairaya Gemereh dan Dewan Kampung Tandong, Buluh Kasap.

Advertisement

“Sementara itu, PPS yang sebelum ini dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Loi telah ditutup pada jam 3 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Chen Choon turut memberitahu, pihak berkuasa akan melakukan pemantauan secara berterusan dan dalam keadaan bersiap siaga.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top