BM | EN | 中文

Seramai 181 anggota polis dan tentera bertugas laksana PKPD di dua kawasan di Simpang Renggam

DSC_7337-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 MAC: Polis telah mengadakan sekatan jalan raya di lima laluan utama dan 11 laluan tikus yang menjadi akses keluar masuk dua kawasan di Simpang Renggam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 9 April depan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pelaksanaan PKPD itu melibatkan Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid.

“Sebelum PKPD dikuatkuasakan, seramai 80 pegawai dan anggota polis dan tentera ditugaskan di kawasan berkenaan, namun bermula hari ini jumlah itu ditambah menjadi seramai 181 pegawai dan anggota.

Advertisement

“Begitu juga sekatan jalan raya, sebelum ini lima sekatan dibuat, pagi ini ditambah menjadi tujuh selain 11 laluan tikus yang turut dikawal,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Ayob Khan turut memberitahu, majoriti laluan tikus yang dikenalpasti merupakan kawasan ladang dan hanya boleh dilalui menggunakan motosikal ataupun berjalan kaki.

Semalam, kerajaan mengambil keputusan melaksanakan PKPD yang membabitkan seramai 3,570 orang penduduk tempatan terdiri daripada 650 keluarga yang menetap di dua kawasan berkenaan.

Advertisement

Tindakan itu dibuat ekoran sebanyak 61 kes positif Covid-19 telah direkodkan di dua kawasan berkenaan.

Tambah Ayob Khan, berdasarkan pemantauan dijalankan pihaknya, rata-rata penduduk dua kawasan berkenaan mematuhi arahan PKPD yang dilaksanakan kerajaan.

“Berdasarkan pemantauan dibuat pagi tadi, tiada pergerakan keluar masuk dibuat di dua kawasan berkenaan, penghuni juga tidak keluar rumah, ini boleh dilihat dengan jelas.

Advertisement

“Polis akan tegas berhubung perkara ini, tiga anggota yang menetap kawasan terbabit juga tidak dibenarkan keluar rumah. Sehubungan itu masyarakat awam juga diminta mematuhi arahan berkenaan,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top