BM | EN | 中文

18,000 ekar tanah terbiar: K’jaan Johor disaran benarkan untuk diusahakan

chew-chong-sin-adun-mengkibol-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 1 NOV: Kerajaan Johor disaran untuk membenarkan 18,000 ekar tanah terbiar di negeri ini untuk diusahakan, kata Adun Mengkibol, Chew Chong Sin.

Beliau mengalu-alukan cadangan tanah terbiar kerajaan Persekutuan dan tanah Rizab Melayu untuk disewakan bagi projek pertanian atau perniagaan seperti mana dibentangkan dalam Bajet 2022.

Katanya, ia sebagai antara usaha meningkatkan kawasan pertanian dan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan belia termasuk graduan menjana pendapatan.

Advertisement

“Oleh kerana hak milik tanah adalah hak kerajaan negeri, oleh itu pelaksanaan perlu dijalankan oleh kerajaan negeri masing-masing.

“Saya telah berulang kali mencadangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dam kelebihan struktur tanah negeri Johor yang rata lagi subur harus digunakan.

“Pertanian moden boleh ditetapkan sebagai salah satu strategi pembangunan utama kerajaan negeri Johor, dan 18,000 ekar tanah terbiar kerajaan Johor harus dibuka dan disewakan oleh golongan muda yang ingin menceburi bidang pertanian dengan teknologi moden,” kata Chew dalam kenyataan.

Advertisement

Tambah beliau, lokasi 18,000 ekar tanah terbiar kerajaan Johor harus diumumkan supaya pemuda yang berminat boleh meninjau dan membuat permohonan.

“Ramai pemuda kekurangan dana dan alat pertanian, tidak dapat menjalankan pertanian secara berskala besar atau memajak tanah jangka panjang.

“Sebagai penyelesaian,kerajaan Johor harus menggalakkan permohonan seluas dua ekar atau kurang, dibekalkan dengan alat pertanian dan wajibkan penggunaan teknologi pertanian moden bagi memastikan petani mempunyai daya saing dan produktiviti jangka panjang,” katanya.

Advertisement

Ujarnya lagi, sasaran kadar penggunaan tanah terbiar harus ditetapkan.

“Ini bagi memastikan golongan muda akan mengusahakannya sendiri dan sewaan semula dilarang sama sekali agar dasar ini mencapai kesan dan objektif yang diinginkan,” kata Chew lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top