BM | EN | 中文

18 pegawai dan anggota penguatkuasa ditahan bersekongkol dengan sindiket penyeludupan migran

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 JUN: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden antara 18 pegawai dan anggota penguatkuasa yang ditahan kerana dipercayai bersekongkol dengan sindiket penyeludupan migran.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 13 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia serta lima anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Menurut beliau, mereka dipercayai telah terlibat dengan kegiatan jenayah itu sejak 2017.

Advertisement

“Anggota terlibat dipercayai bersekongkol dengan memberi maklumat dan memudahkan pergerakan sindiket penyeludupan untuk beroperasi.

“Hasil siasatan mendapati setiap anggota terlibat menerima bayaran sehingga RM10,000 bagi satu aktiviti penyeludupan,” katanya dalam sidang akhbar khas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah beliau, pegawai berpangkat Asisten Superintenden itu bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Johor, manakala 12 yang lain membabitkan seorang anggota Polis Marin Wilayah Dua, dua anggota bertugas di Bukit Aman serta sembilan anggota bertugas di IPD Kota Tinggi.

Advertisement

“Kesemua suspek yang ditahan dalam serbuan antara 15 Jun hingga hari ini berusia antara 24 hingga 41 tahun dan dipercayai menjalin kerjasama dengan beberapa sindiket penyeludupan berlainan.

“Tangkapan ini merupakan susulan daripada tangkapan seramai 40 suspek penyeludupan migran yang dibuat pada 4 Jun lalu di sekitar pantai timur Johor.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 130V hingga Seksyen 130ZB Bab VIB Jenayah Terancang, Kanun Keseksaan dengan menggunapakai prosedur siasatan Dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 Sosma.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top