BM | EN | 中文

18 kematian akibat denggi di Johor, program cegah pembiakan Aedes dapat diaktifkan

gotong-royong-denggi-nyamuk-aedes-idj.jpg

Dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) program masyarakat, seperti program COMBI (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku) untuk membendung pembiakan aedes dapat diaktifkan semula. (Gambar Ehsan Info Denggi Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JUN: Sebanyak 18 kematian akibat denggi dilaporkan di negeri Johor sehingga kini pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan, sebanyak 12 atau bersamaan 66.7 peratus mangsa kematian melibatkan mereka di dalam umur yang produktif 20 hingga 59 tahun.

Katanya tindakan bersepadu agensi-agensi kerajaan dan masyarakat setempat harus diperluaskan dan langkah-langkah tindakan kawalan perlu diambil oleh orang ramai dalam memastikan tiada penyebaran virus denggi.

Advertisement

“Dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diharapkan program-program masyarakat, seperti program COMBI (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku) untuk membendung pembiakan aedes dapat diaktifkan semula.

“Masyarakat digesa untuk memberi sepenuh kerjasama kepada usaha kawalan yang dijalankan di lokasi mereka.

“Di samping itu, mereka perlu membersihkan persekitaran rumah dari bekas-bekas berpotensi membiak aedes dan melindungi diri dari
gigitan aedes,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, tindakan penguatkuasaan dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 telah pun dijalankan merangkumi beberapa seksyen yang boleh mengakibatkan denda atau penjara kepada pelaku kesalahan.

Sehingga minggu 20/2020 sebanyak 67 bil Perintah Notis seksyen 8 (pembersihan) telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang didapati melakukan kesalahan.

Manakala sebanyak 1,117 kompaun telah dikeluarkan bagi premis yang didapati mempunyai pembiakan aedes yang berharga RM 547,052.00.
“Terdapat enam kes telah didaftarkan di mahkamah atas kesalahan kesalahan berulang.

Advertisement

“Cegah jangkitan denggi untuk kesejahteraan kehidupan anda,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top