BM | EN | 中文

18 KANAK-KANAK DIEKSPLOITASI DISELAMATKAN JKM 

LCT-DUN.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 24 NOV : Seramai 17 orang kanak-kanak warganegara dan seorang kanak-kanak bukan warganegara berjaya diselamatkan sepanjang operasi pengemis dan kanak-kanak jalanan yang dilaksanakan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Liow Cai Tung berkata, operasi berkenaan sebagai pendekatan bagi menangani eksploitasi kanak-kanak sebagai penjaja jalanan di negeri Johor yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mengikut statistik Talian Kasih dari Januari 2019 hingga November 2019, aduan berkaitan kanak-kanak yang diterima adalah 63 kes aduan dan 4 kes daripadanya melibatkan kanak-kanak meminta sedekah dan menjual barangan di jalanan.

Advertisement

“Khidmat nasihat dan kaunseling kepada semua kanak-kanak dan keluarga yang diselamatkan juga diberikan selain tindakan yang bersesuaian mengikut Seksyen 17(1)(k) Akta Kanak Kanak 2001,”katanya

Cai Tung (PH-Johor Jaya) berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Izhar Ahamad (PH-Larkin) mengenai apakah pendekatan atau tindakan kerajaan bagi menangani isu eksploitasi kanak-kanak sebagai penjaja jalanan yang berkeliaran di tempat terbuka seperti medan niaga tanpa mengira masa.

Cai Tung berkata, bagi kanak-kanak yang terbiar dan tiada tempat bergantung, JKM akan menempatkan mereka ditempat selamat iaitu Rumah Perlindungan Kanak-kanak untuk tempoh sementara hingga sebulan.

Advertisement

Katanya, dalam tempoh siasatan itu, JKM akan mengenal pasti ibu bapa keluarga atau saudara mara yang boleh menjaga kanak-kanak berkenaan.

“Sekiranya bersama ibu bapa, kanak-kanak akan dikembalikan kepada ibu bapa dengan amaran khidmat nasihat kaunseling dan sebagainya.

“Sekiranya ibu bapa tidak mampu beri jagaan barulah kanak-kanak dibantu penempatan ke Rumah Kanak-kanak,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Izhar berkenaan bagaimana pula kes yang melibatkan kanak-kanak terbiar atau tiada tempat bergantung dan berlindung.

Tambahnya, hukuman terhadap ibu bapa yang membenarkan melibatkan anak mereka dalam aktiviti berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya

“CSO mandatori iaitu Perintah Khidmat Masyarakat sebagai hukuman mandatori bagi pesalah ibu bapa atau penjaga yang didapati bersalah serta pembantu pelindung dalam komuniti setempat turut diperkenalkan,”katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top