BM | EN | 中文

18 imigran Indonesia diberkas dalam Op Benteng di Teluk Ramunia

18-imigran-Indonesia-diberkas-dalam-Op-Benteng-di-Teluk-Ramunia.jpg

Gambar Ehsan VOICE

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 SEPT: Seramai 18 imigran warga Indonesia diberkas dalam Op Benteng selepas didapati menceroboh masuk ke negara ini melalui jalan taut di Teluk Ramunia, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi kelmarin dan semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan kesemua 18 pendatang tanpa izin itu terdiri daripada 15 lelaki dan tiga wanita berumur 22 hingga 43 tahun ditahan antara pukul 11.30 malam kelmarin dan 8 pagi semalam.

Katanya, penahanan pertama melibatkan tiga imigran susutan maklumat yang diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang mengesan pergerakan bot mencurigakan menerusi Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) di Teluk Ramunia pada pukul 9 malam.

Advertisement

“Pasukan Tindakan Cepat (QRF) digerakkan ke lokasi bagi membuat pengintipan dan menahan tiga imigran yang sedang bersembunyi di dalam hutan.

“Sebanyak 13 lagi imigran ditahan selepas itu bersama sebuah bot di kawasan pantai di sekitar Teluk Ramunia, hasil kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia, APMM dan Pasukan Polis Marin (PPM),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan dua lagi imigran ditahan pagi semalam selepas ditemukan bersembunyi di kawasan hutan berhampiran.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, mata wang Indonesia bemilai RM460.62 turut dirampas bersama 10 telefon bimbit sena barangan kemas dan kesemua rampasan dianggarkan bemilai RM5,356.

Kenyataan itu menjelaskan, kesemua pendatang terbabit dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19, sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top