BM | EN | 中文

1,784 murid dari tiga sekolah di Pasir Gudang diberi taklimat kesihatan dan pencegahan jangkitan influenza

IMG-20200121-WA0001.jpg

Pemberian kit penjagaan kesihatan kepada pihak sekolah oleh Hazarul Azly (dua, kiri) kepada Guru Besar SK Permas 3, Rohanah Chik (dua, kanan) yang disaksikan oleh Pengurus Operasi Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, Mohamad Amin Othman dan Dr Ahmad Syafiq.

Advertisement

PASIR GUDANG, 21 JAN : Seramai 1,784 murid dan 167 guru dari tiga sekolah, di sini menerima taklimat kesihatan dan pencegahan jangkitan influenza oleh Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang.

Ia turut melibatkan murid tujuh hingga 12 tahun yang mana membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cendana, SK Permas Jaya 3 dan SK Pasir Gudang 1.

Kesemua mereka mempelajari mengenai jangkitan influenza disamping cara-cara menjaga kebersihan diri termasuk langkah mencuci tangan dengan betul dan cara pemakaian topeng penutup muka agar virus berkenaan dapat dihindari.

Advertisement

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif hospital berkenaan, Hazarul Azly Hamzah, program tersebut merupakan satu inisiatif serta tanggungjawab sosial pihaknya bagi memberi penerangan yang lebih tepat khususnya kepada para murid yang mudah terdedah dengan jangkitan influenza ini.

“Kesemua mereka diberikan taklimat kesihatan mengenai jangkitan influenza yang telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Dr Ahmad Syafiq Ishak tentang bagaimana jangkitan influenza ini tersebar serta cara pencegahannya.

“Selain itu, mereka turut diajar mengenai tujuh langkah kebersihan tangan disamping cara pemakaian topeng penutup muka yang betul,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Lawatan Kesedaran Influenza di tiga buah sekolah berkenaan yang mana program tersebut diadakan semalam dan hari ini.

Pada lawatan ke setiap sekolah, pihak hospital telah memberikan kit penjagaan kesihatan yang mengandungi ‘hand sanitizer’ sebanyak 10 botol, 1,000 topeng penutup muka serta poster informasi tentang langkah kebersihan tangan.

Tambah beliau, program ini merupakan sistem sokongan yang diberi kepada pihak sekolah sebagai langkah kesiapsiagaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top