BM | EN | 中文

174,834 warga Malaysia pulang melalui Johor semenjak PKP hingga 31 Mei

ukk-bsi-ciq-tambak-johor.jpg

Suasana di CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Tambak Johor (Gambar Ehsan UKK-BSI / KYAIZEE MOHD)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JUN: Semenjak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sehingga 31 Mei, seramai 174,834 warga Malaysia pulang melalui pintu masuk Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, rakyat Malaysia berada di Singapura yang ingin pulang ke tanah air perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kedutaan Malaysia di Singapura.

“Setibanya di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) mereka adalah tertakluk kepada pemeriksaan pasport/dokumen oleh Jabatan Imigresen Malaysia, pemeriksaan barangan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Advertisement

“Seterusnya proses saringan kesihatan serta prosedur kuarantin yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau memaklumkan sehingga 31 Mei seramai 1,511 orang tahanan berada di Depoh Imigresen Pekan Nanas (DIPN).

“Setakat ini, tiada kes COVID-19 dilaporkan di depoh tersebut,” katanya sambil memaklumkan langkah pencegahan dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengelakkan tahanan dan petugas di DIPN daripada dijangkiti COVID-19.

Advertisement

Antaranya dengan membekalkan Personal Protective Equipment (PPE) secara berkala untuk keperluan petugas di DIPN seperti face mask, glove, hand sanitizer, face shield, apron dan coverall.

Selain itu amalan penjarakan sosial bagi mengurangkan risiko jangkitan dilakukan selain Operasi Sanitasi Bersepadu di DIPN pada 9 April bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Manakala semua pendatang asing tanpa izin (PATI) disyaratkan Jabatan Imigresen Malaysia untuk wajib menjalani ujian Swab Test dan serahan PATI hanya dengan keputusan negatif COVID-19 yang akan diterima untuk ditempatkan di depoh tahanan Imigresen.

Advertisement

Selain itu sesi perbincangan risiko jangkitan COVID-19 ke atas petugas dan tahanan turut dianjurkan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Pontian dan Klinik Kesihatan Pekan Nenas.

Manakala tinjauan di sekitar kawasan depoh bagi penilaian risiko jangkitan kepada tahanan dan ujian Swab Test keatas semua pegawai, kakitangan, vendor masak dan vendor pembersihan di DIPN seramai 186 orang telah dilaksanakan pada 1 Jun.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top