BM | EN | 中文

17,000 usahawan Selangor dapat data internet percuma mulai Oktober

Rodziah-Ismail-17000-usahawan-Selangor-dapat-data-internet-percuma-mulai-Oktober.jpg

Rodziah Ismail bercakap kepada media selepas menyerahkan geran peralatan program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) Yayasan Hijrah Selangor di Taman Melur, Ampang (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

AMPANG, 17 OGOS: Seramai 17,000 usahawan di Sealngor disasar menikmati kad modul pengenalan pelanggan (SIM) yang dilengkapi data internet percuma selama setahun mulai Oktober.

Exco Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata inisiatif itu memudahkan golongan terbabit menjalankan perniagaan secara dalam talian sekali gus meningkatkan jualan.

“Ketika ini permohonan masih dibuka dan tarikh tutup pada 15 September. Jadi, peniaga jangan lepaskan peluang untuk memohon sama ada melalui laman sesawang Platform Selangor atau pejabat saya.

Advertisement

“Sekurang-kurangnya peniaga tidak perlu lagi berkongsi internet dengan keluarga atau perniagaan tertangguh disebabkan kehabisan data,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan geran peralatan program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) Sabtu lalu.

Pada 4 Ogos, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 70,000 rakyat Selangor akan menerima kad SIM dilengkapi data internet percuma selama 12 bulan.

Advertisement

Beliau berkata inisiatif itu menyasar pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor, peminjam Yayasan Selangor, mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Universiti Selangor (Unisel).

Manfaat tersebut turut dinikmati pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), peniaga dalam talian bawah e-Bazar Selangor, petani dan ibu tunggal.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top