BM | EN | 中文

1,700 TERIMA MANFAAT YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR

noor-azmi.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 NOV: Kira-kira 1,700 pesakit telah menerima manfaat daripada bantuan yang disediakan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Noor Azmi Mohamed Omar berkata, keseluruhan bantuan disalurkan sehingga tahun ini berjumlah RM7.5 juta melibatkan ubat-ubatan dan bantuan peralatan.

“Kumpulan sasar untuk menerima bantuan kami ini adalah daripada mereka yang kurang berkemampuan. Kos untuk merawat pesakit-pesakit kanser amat tinggi. Ia melibatkan ubat-ubatan dan kos rawatan.

Advertisement

“Apa yang kami risaukan ialah jumlah pesakit kanser pada setiap tahun agak tinggi,” katanya pada sidang media Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 di Seven Oaks Cafe, dekat Taman Pelangi, semalam.

Justeru itu katanya, sumbangan orang ramai dan badan korporat dialu-alukan khusus untuk membantu ‘pejuang kanser’, istilah yang disifatkan Noor Azmi wajar diberikan kepada golongan tersebut yang berjuang untuk meneruskan hidup.

“Sememangnya sumbangan yang disalurkan kepada pihak kami amat dialu-alukan, lebih-lebih lagi bila ada pihak yang sudi berkolaborasi.

Advertisement

“Dalam masa yang sama kita cuba terapkan kesedaran kepada orang ramai untuk menyumbang, tidak kira kepada mana-mana yayasan kebajikan,” katanya.

Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor merupakan salah satu daripada badan yang akan turut serta dalam siri Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 bermula Januari hingga Disember tahun hadapan.

Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 bakal membuka tirai pada pembukaannya di Stadium Sultan Ibrahim, Muar pada 29 Januari hingga 2 Februari 2020.

Advertisement

Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan pada ekspo tersebut antaranya adalah acara larian amal ‘Jiwa Merah Biru’, ‘fun ride’ berbasikal pada waktu malam, pameran piala-piala kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan persembahan kebudayaan.

Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor diilhamkan oleh Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang bertujuan membantu pesakit kanser dan keluarga mereka.

Operasi kebajikan badan ini bermula pada 2015 dan terus berkembang sejak itu.

Advertisement

Difahamkan bagi tahun hadapan, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor merancang menjalin lebih banyak kolaborasi strategik dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan lain.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top