BM | EN | 中文

1,700 hektar ladang kelapa sawit diserang ulat bungkus

ulat-bungkos-crop.jpg

Tosrin ketika meninjau keadaan pokok kelapa sawit yang diserang ulat bungkus

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 FEB : Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi telah mengadakan lawatan khas ke Felda Taib Andak, Kulai pada Rabu lepas.

Lawatan berkenaan diadakan setelah beliau mendapat makluman terdapat serangan ulat bungkus di ladang kelapa sawit di felda berkenaan.

Tosrin juga akan membuat lawatan di Felda Nitar, Mersing dan Felda Lok Heng, Kota Tinggi yang turut sama mendapat serangan ulat yang sama, esok.

Advertisement

Mengikut laporan terkini, hampir 1,700 hektar tanah ladang yang terlibat dengan serangan ulat tersebut dan beliau akan memaklumkan laporan terkini berhubung permasalahan tersebut selepas lawatan dibuat.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top