BM | EN | 中文

17 persatuan pelancongan Selangor dapat RM255,000 rancak semula industri

tourism-selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 9 SEPT: Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM255,000 bantuan secara sekali bayar (one-off) kepada 17 persatuan pelancongan di Selangor.

Exco Pelancongan, Hee Loy Sian berkata bantuan tersebut dengan setiap persatuan menerima RM15,000 adalah bagi merancakkan semula industri pelancongan di Selangor.

“Diharapkan insentif ini akan membantu dan memberi peluang kepada persatuan pelancongan untuk terus memberikan sokongan kepada ahli-ahli mereka,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Loy Sian berkata demikian pada majlis penyerahaan bantuan kepada 17 persatuan itu yang diadakan secara maya menerusi Facebook Tourism Selangor hari ini.

Katanya, bantuan itu diharap dapat menjamin kelangsungan industri pelancongan negeri seterusnya menyokong Kempen Pusing Selangor Dulu yang sedang giat dijalankan kerajaan negeri melalui Tourism Selangor.

Pada 9 Jun, kerajaan negeri menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 mengumumkan peruntukan berjumlah RM2.55 juta bagi industri pelancongan.

Advertisement

Ia merangkumi RM1 juta bagi geran bantuan kewangan, RM1 juta bagi baucar pelancongan, RM300,000 untuk latihan pembelajaran pendigitalan dan RM255,000 bantuan ‘one-off’ kepada 17 persatuan pelancongan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top