BM | EN | 中文

17 atlet pelayaran negara berlatih di KRMSAU Desaru

persatuan-pelayaran-malaysia.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 3 APR: Seramai 17 atlet pelayaran negara sedang menjalani latihan intensif di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) di Desaru, Johor bermula sejak 21 Mac lalu yang membabitkan dua fasa.

Ia turut membabitkan tiga atlet yang sudah mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, iaitu Nur Shazrin Mohamad Latif (laser radial) dan gandingan Nuraisyah Jamil serta Juni Karimah Noor Jamali (International 470).

Semua mereka berlatih di bawah bimbingan jurulatih, Mohd Hafizi Roslee dan Muhammad Sahir A Rahim.

Advertisement

Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dilaporkan BH Online berkata, sesi latihan berkenaan penting dalam merealisasikan misi meraih rekod baharu pelayaran sambil mengintai prospek menaiki podium di Sukan Olimpik Tokyo.

Katanya, skuad pelayaran negara ketika ini hanya mempunyai tempoh kira-kira empat bulan bagi melakukan persiapan menghadapi temasya terbesar dunia itu.

“MSA tidak boleh lagi menunggu keadaan pandemik COVID-19 stabil sebaliknya perlu mengisi ruang dan masa yang ada dengan menjalani latihan intensif ini tanpa kompromi dalam soal pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Kamaruzzaman berkata pemilihan perairan terbuka Laut China Selatan dekat KRMSAU sebagai lokasi alternatif untuk latihan adalah berikutan keadaan angin di Pusat Latihan Langkawi ketika ini agak perlahan dan latihan tidak dapat dijalankan seperti diharapkan oleh jurulatih.

“Sebaliknya, keadaan laut di Desaru ini amat berbeza dengan keadaan angin yang kuat dan ombak besar sekali gus mampu menggantikan latihan dan kejohanan pendedahan luar negara yang terpaksa dibatalkan buat ketika ini.

“Jurulatih amat berpuas hati dengan keadaan laut di KRMSAU kerana atlet dapat menjalani latihan dengan kadar intensiti yang tinggi dan kawasan latihan yang berbeza.

Advertisement

“Kem latihan sebegini memberi nafas baharu selain pendedahan positif kepada pasukan selepas menjalani latihan secara kuarantin di Pusat Latihan Langkawi beberapa bulan yang lepas,” katanya.

Fasa pertama sesi latihan kali ini tamat pada 11 April manakala fasa kedua akan bermula pada 19 April hingga 9 Mei.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top