BM | EN | 中文

16,997 ANAK JOHOR DITEMPATKAN KERJA SELURUH NEGERI – JOBSMALAYSIA

JobsMalaysia.jpg

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS – Statistik Portal JobsMalaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia menunjukkan sebanyak 16,997 pencari kerja anak Johor yang telah berjaya ditempatkan di seluruh negeri Johor dari Januari sehingga Oktober 2019.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan, penempatan jawatan dikategorikan mengikut Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) dan Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC).

“5149 orang daripada jumlah keseluruhan terdiri daripada jawatan profesional manakala 11,848 orang jawatan bukan profesional”

Beliau yang berkata pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar hari ini menjawab soalan Abd Taib Abu Bakar (Machap-BN) mengenai jumlah dan jenis pekerjaan yang diceburi anak Johor.

Tambah Aminolhuda lagi, sebanyak 159760 peluang pekerjaan di Negeri Johor dari Januari 2019 sehingga Oktober 2019.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top