BM | EN | 中文

169 mangsa banjir setakat jam 12 tengah hari ini

poster-banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JAN: Seramai 169 mangsa terdiri daripada 48 buah keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir, di negeri ini setakat jam 12 tengah hari, hari ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, tiga daerah yang masih terjejas adalah Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

“Setakat jam 12 tengah hari ini, seramai 169 mangsa masih ditempatkan di tiga buah PPS yang dibuka akibat banjir.

Advertisement

“Tiga buah PPS itu adalah di Balai Raya Kampung Baru Saleng; Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bunian dan Dewan Raya Kampung Batu 10.

“Sementara itu, satu PPS yang telah ditutup adalah di SK Jubli Intan, Renggam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top