BM | EN | 中文

16,821 CALON STPM DUDUKI PEPERIKSAAN 

aminolhuda4s-e1572944668829.png

Aminolhuda

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 NOV : Seramai 16, 821 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam negeri Johor menduduki peperiksaan di 72 buah pusat peperiksaan bermula 4 hingga 27 November ini selama 13 hari.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, peperiksaan melibatkan calon STPM semester tiga, ulangan semester saty dan ulangan semester dua bagi pelajar tingkatan enam atas tahun 2019 serta STPM semester satu bagi pelajar tingkatan 6 bawah tahun 2020.

“Seramai 487 orang petugas peperiksaan terlibat dalam pengendalian peperiksaan sesi ini yang merangkumi 30 orang penyelia kawasan, 72 orang ketua pengawas dan 385 pengawas peperiksaan.

Advertisement

“Sebanyak 15 buah bilik kebal akan digunakan bagi tujuan penyimpanan dan pengedaran bahan sulit peperiksaan.

“24 buah pusat peperiksaan juga telah disediakan dengan pengawas- pengawas tambahan yang akan bertugas di 24 buah hospital kerajaan dan swasta di seluruh negeri Johor sekiranya terdapat calon hospital,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, bagi sesi ini, terdapat juga calon berkeperluan khas (CBK) seperti calon kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya pertuturan, kurang upaya fizikal yang akan menduduki peperiksaan dengan mendapat kemudahan-kemudahan tertentu.

Advertisement

Antaranya seperti kertas soalan braille, kertas soalan cetakan besar, tambahan masa sebanyak 30 peratus, bilik berasingan, penggunaan komputer, pengawas pemindah tulis dan sebagainya.

Katanya, terdapat seorang CBK buta, enam orang CBK rabun, CBK spastik atau kurang anggota 13 orang dan CBK kurang dengar seramai dua orang.

“Calon-calon berkenaan akan diawasi oleh pengawas-pengawas yang berkemahiran tertentu seperti mahir dalam tulisan braille, mahir berbahasa isyarat (sign-language) dan sebagainya.

Advertisement

“Bagi menghadapi kes-kes luar jangka semasa musim peperiksaan seperti banjir, jerebu, wabak penyakit dan sebagainya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor juga telah mengambil langkah-langkah rapi dengan mengadakan bilik-bilik khas atau kuarantin di pusat-pusat peperiksaan dan prosedur-prosedur yang tersusun sebagai langkah kawalan.

“JPN Johor telah membuat persediaan untuk menghadapi banjir sekiranya berlaku. Semua SOP yang digunakan oleh Lembaga Peperiksaan bagi Peperiksaan Bertulis SPM dan UPSR akan turut diguna pakai oleh Majlis Peperiksaan Malaysia bagi Peperiksaan STPM.

“Semua sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor juga telah menwujudkan Jawatankuasa banjir masing-masing,”katanya lagi.

Advertisement

Jelasnya, pihak jabatan juga mendapat kerjasama yang erat daripada badan-badan kerajaan yang terlibat secara langsung seperti jawatankuasa banjir tempatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam, Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia, Polis, Bomba dan sebagainya untuk memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top