BM | EN | 中文

161 pemilik vessel terima manfaat program pemodenan vesel dan mekanisasi tangkapan

161-pemilik-vessel-terima-manfaat-program-pemodenan-vesel-dan-mekanisasi-tangkapan.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 4 OKT: Sebanyak 161 pemilik vesel yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan (DOF) menerima manfaat di bawah Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan sejak Januari sehingga kini, kata Ketua Pengarahnya Ahmad Tarmidzi Ramly.

Beliau berkata program yang memperuntukkan dana berjumlah RM150 juta itu merupakan inisiatif di bawah Dasar Jaminan Makanan (DJM) yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Objektif program adalah untuk membangunkan industri perikanan pantai dengan memberi peluang nelayan tradisi di Zon A dan Zon B menaik taraf dan memodenkan vesel, memasang peralatan efisien dan mempertingkatkan aspek keselamatan yang sekali gus dapat meningkatkan hasil tangkapan.

Advertisement

“Program ini juga mengurangkan kebergantungan kepada kru bukan warganegara di atas vesel,” katanya selepas melawat Limbungan Kapal Syarikat DK Naval Technologies di Taman Perindustrian Tanjung Pelepas di sini semalam.

Turut hadir Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Samsolbari Jamali.

Ahmad Tarmidzi berkata penggunaan mekanisme moden misalnya ke atas nelayan pukat jerut, boleh mengurangkan tenaga kerja manusia yang secara tidak langsung member’ kelebihan kepada pengusaha.

Advertisement

Sementara itu, Samsolbari berkata kerajaan negeri menyambut balk usaha pemodenan vesel bagi melonjakkan aktiviti nelayan ke tahap Iebih unggul.

“Johor sebagai negeri yang mempunyai gads pantai terpanjang sewajarnya mempunyal aktiviti perikanan yang lengkap, selain dibantu dengan pelbagai aktiviti rantaian bagi memberi nilai tambah.

“Jadi kami menggalakkan nelayan menggunakan mekanisme automatik agar kerjaya nelayan menjadi Iebih menarik,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top