BM | EN | 中文

16 program utama, 94 program mini Usahawan Johor tahun 2020

sheikh-umar-5-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JAN: Kerajaan negeri akan melaksanakan sebanyak 16 program utama dan 94 program mini berbentuk bantuan dan latihan keusahawanan sepanjang tahun 2020.

Menurut Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Sains dan Teknologi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali, program berbentuk insiatif keusahawanan ini untuk dimanfaatkan Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) di negeri ini.

“Program yang dilaksana dengan peruntukan Belanjawan Johor 2020 sebanyak RM6 juta ini bakal dimanfaatkan kira-kira 10.8 peratus PKS di Malaysia,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ), di sini hari ini.

Tambah ADUN Paloh itu lagi, kerajaan negeri dan agensi di bawah MPUNJ serta Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) sentiasa komited dalam usaha membangunkan usahawan tempatan.

“Baru-baru ini, PUJB telah dilantik sebagai wakil kerajaan negeri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan PKS Negeri dan Koridor Malaysia.

Advertisement

“MPUNJ turut memberi penekanan khusus kepada revolusi industri 4.0, industri halal, ekonomi gig dan industri berkaitan di setiap peringkat PKS mengikut kesesuaian dan kesediaan mereka,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top