BM | EN | 中文

16 Klinik Selcare tawar dos penggalak, daftar guna SELangkah

Selcare_Selangor_Care.jpg

SHAH ALAM, 8 DIS: Semua 16 Klinik Selcare termasuk di Kuala Lumpur menawarkan dos penggalak melalui program Vaksin Selangor (Selvax) Booster mulai hari ini.

Ketua pegawai kewangan Selgate Healthcare Sdn Bhd, Muhammad Azfizam Hamzah berkata khidmat itu bakal diperluas ke klinik panel Selcare dalam masa terdekat bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya.

Muhammad turut menggalakkan orang ramai untuk mendaftar awal melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi mengelak kesesakan.

“Kita mahu seramai mungkin individu mendapatkan suntikan penggalak. Ini sebagai langkah mengekang penularan Covid-19,” katanya lapor SelangorKini.

Maklumat berhubung program itu dan klinik terlibat boleh dicapai melalui pautan https://selcareclinic.com/our-clinics/.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan tawaran 157,000 dos penggalak kepada rakyat negeri ini melalui Selvax Booster.

Pada 30 Jun, Kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkap dan mempercepatkan proses suntikan pelalian penduduk negeri ini.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top