BM | EN | 中文

16 individu di Johor ditahan dalam Ops Mabuk, Ops Samseng Jalanan

16-individu-di-Johor-dicekup-dalam-Ops-Mabuk-Ops-Samseng-Jalanan.jpg

Gambar Ehsan Sinar Harian

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 MEI: Polis Johor telah menahan 16 ‘kaki mabuk’ dan ‘mat rempit’ dalam Ops Mabuk dan Ops Samseng Jalanan yang diadakan serentak di seluruh Kontinjen Johor, awal pagi Jumaat.

Selain itu, polis turut menyita 12 kereta dan motosikal pelbagai jenama dan 56 saman Pol.257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintendan M Kumarasan berkata, dalam sekatan jalan raya (SJR) di beberapa lokasi terancang, pihaknya telah menahan sembilan individu kerana berada di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan.

Advertisement

“Kesemua yang ditahan itu berumur antara 18 hingga 60 tahun atas kesalahan memandu dan didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A (1) APJ 1987. PO.

“Bagi Ops Samseng Jalanan (OSJ) pula, hasil maklumat dan risikan menahan tujuh individu berumur antara 17 hingga 19 tahun yang melakukan aksi-aksi berbahaya dan lagak ngeri di jalan awam.

“Tindakan mereka bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri malah kepada orang awam seperti di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Advertisement

Terdahulu, Kumarasan dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata, Ops Mabuk dan Ops Samseng Jalanan merupakan fokus utama JSPT Johor mengambil tindakan tegas terhadap ‘kaki mabuk’ dan ‘mat rempit’ yang masih tidak serik melanggar undang-undang.

Jelasnya, semua pengguna jalan raya perlu mengambil iktibar dan pengajaran terhadap insiden lepas yang tular di media sosial, kesan memandu dalam pengaruh alkohol dan terlibat dengan aktiviti samseng jalanan.

“JSPT Johor akan terus memburu individu yang masih berdegil dan tidak gerun dengan hukuman yang dikenakan atas kesalahan ini iaitu di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

Advertisement

“Tiada kompromi bagi pesalah mabuk dan mat rempit bagi memastikan kesejahteraan awam,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top