BM | EN | 中文

16 anggota, seorang kerani Balai Polis Parit Sulong diarah kuarantin

16-anggota-seorang-kerani-Balai-Polis-Parit-Sulong-diarah-kuarantin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 DIS: Seramai 16 anggota pangkat rendah dan seorang kerani dari Balai Polis Parit Sulong dekat Batu Pahat diarahkan menjalani kuarantin di rumah masing-masing selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat yang disahkan positif COVID-19.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata 15 anggota dan kerani terbabit akan menjalani kuarantin selepas melakukan ujian calitan pada hari ini manakala seorang lagi pada hari ini.

“Semua anggota polis dan kerani berkenaan menjalani kuarantin di rumah masing-masing sehingga mendapat keputusan ujian calitan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini semalam.

Advertisement

Beliau dilaporkan Bernama sebagai berkata orang ramai tidak perlu khuatir kerana Balai Polis Parit Sulong tetap beroperasi seperti biasa.

“Bantuan untuk tugas pejabat dan pertanyaan dibantu oleh seorang anggota dari Balai Polis Semerah, seorang dari Balai Polis Sri Medan dan dua dari Balai Polis Yong Peng,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top