BM | EN | 中文

155 MURID DIBELANJA ADUN PARIT YAANI

IMG-20191208-WA0006.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 DIS : Seramai 155  kanak-kanak dalam kalangan memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Batu Pahat dibelanja kelengkapan persekolahan oleh wakil rakyat kawasan mereka.

Kesemua mereka diberi kelengkapan persekolahan berupa beg sekolah, kasut, baju, alat tulis serta duit tabungan.

Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang terlibat dalam program tanggungjawab sosial ini.

Advertisement

“Seramai 120 kanak-kanak dari jumlah keseluruhan tersebut telah dibawa ke pasaraya Toppen yang baharu dibuka di Tebrau, di sini.

“Saya juga amat berbesar hati kepada Ketua Pegawai Eksekutif The Zhoe Factory, Datuk Fauzi Johan yang sudi menyokong program kami,” katanya kepada wartawan pada program tersebut.

Aminolhuda yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor memberitahu, selain dibelanja kelengkapan persekolahan, kesemua yang terlibat dalam program itu turut dibawa ke Legoland Malaysia Resort.

Advertisement

“Saya berbangga dengan sokongan ini dan perkara ini amat baik disambut oleh pelbagai pihak sebagai kerja amal mereka dan diharap kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Fauzi memberitahu, pada tahun ini pihaknya turut meraikan seramai 1,000 pelajar yang kurang berkemampuan dari seluruh Johor.

“Johor merupakan destinasi yang sentimental bagi kami kerana kedai pertama kami dibuka di negeri ini iaitu di Mid Valley Southkey.

Advertisement

“The Zhoe Factory juga turut menyediakan barangan kasut yang mana ianya barangan mampu milik kepada semua pelanggan yang hadir ke kedai kami.

“Kita juga berharap akan ada lagi kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan pada masa hadapan,” katanya

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top