BM | EN | 中文

155 mangsa terjejas banjir kilat di Pontian, Johor Bahru

banjir-johor-bahru-pontian.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 NOV: Seramai 155 orang daripada 40 keluarga terjejas berikutan banjir kilat yang melanda dua daerah di negeri ini akibat hujan lebat petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian dan Johor Bahru setakat 8 pagi tadi.

“Di Johor Bahru, seramai 144 orang daripada 36 keluarga dari Kampung Pasir, Kampung Seri Serdang, Kampung Pengkalan Rinting dan Kampung Seri Jaya ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir.

Advertisement

“Di Pontian pula, mereka yang terjejas adalah daripada Kampung Ulu Pulai dan kini berada di PPS dewan masjid kampung itu,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak kerajaan sentiasa memantau keadaan banjir di negeri ini dan akan membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top