JOHOR BAHRU, 4 MEI: Sebanyak 1,535 lokasi di negeri Johor telah menjalani proses sanitasi awam, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan.
Menurut beliau, kerja-kerja sanitasi awam melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dengan kerjasama pelbagai
agensi.
“Operasi berkenaan di 1,535 lokasi merangkumi 601 (Bangunan Kerajaan), 136 (Rumah Ibadat), 342 (Tempat Awam) dan 456 (Lain-Lain),” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu beliau memaklumkan purata peratusan terhadap Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Negeri Johor pada 3 Mei 2020 menunjukkan kadar 97 peratus.
Johorkini