BM | EN | 中文

150,000 rakyat Malaysia daftar vaksinasi di Johor, lengkapkan vaksin di Singapura

Johor-Malaysia-Singapore-Tambak-Johor.jpeg

Gambar Ehsan SCMP/AFP

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 SET: Kira-kira 150,000 rakyat Malaysia yang berdaftar untuk menerima vaksin COVID-19 di Johor, telah melengkapkan vaksinasi di Singapura namun, data mereka tidak dikemas kini menerusi aplikasi MySejahtera, kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.

Justeru, Hasni berkata kerajaan negeri akan mengenal pasti individu berkenaan bagi membolehkan data vaksinasi dikemas kini sekali gus membolehkan sasaran capaian vaksinasi dan imuniti kelompok di Johor lebih cepat.

“Kita akan mengenal pasti individu yang telah lengkap vaksin ini dan mengetahui jenis vaksin yang diterima,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyerahkan sumbangan peralatan perubatan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor di Hospital Permai, di sini semalam.

Advertisement

Mengenai kadar vaksinasi di negeri itu yang masih rendah, beliau berkata antara faktor penyumbang ialah masalah untuk melengkapkan data menerusi aplikasi MySejahtera termasuk nombor lot vaksin yang dihadapi pengamal am (GP) swasta.

Mengulas mengenai persediaan peralihan Johor ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), beliau berkata kerajaan negeri kini memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam bagi memastikan pesakit COVID-1 9 mendapat rawatan sewajarnya.

“Tumpuan kerajaan negeri dalam usaha beralih ke fasa seterusnya adalah untuk memastikan supaya kemudahan kesihatan mencukupi dalam apa jua keadaan.

Advertisement

“Kita tahu kes terus meningkat di Johor dan ia banyak disumbangkan kluster industri kerana sektor berkenaan banyak menjalankan ujian iaitu setiap dua minggu sekali, selain ujian di lapangan.

“Oleh itu, Johor perlu memastikan apabila beralih ke Fasa Kedua PPN, kita mempunyai kemudahan yang lengkap khususnya untuk merawat pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima,” katanya.

Pada majlis itu, Pejabat Menteri Besar dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor menyerahkan sumbangan bernilai RM300,000 termasuk peralatan perubatan seperti mesin elektrokardiogram (ECG), ‘vital sign monitor’ dan video laryngoscope kepada Hospital Kota Tinggi, Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai, Hospital Pontian, Hospital Mersing dan Hospital Tangkak.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top