BM | EN | 中文

150,000 komputer riba, Menteri Kewangan perlu tunai janji – Kasthuri

kashturi-patto-tengku-zafrul.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto menggesa Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz memastikan kenyataan mengenai 150,000 komputer riba yang dibuat menerusi Belajawan 2021 direalisasikan.

Kasthuri dalam satu kenyataan mempersoalkan bagaimana seorang yang memegang jawatan Menteri Kewangan boleh mengeluarkan kenyataan di Dewan Rakyat tanpa apa-apa asas atau jaminan bahawa ianya boleh dilaksanakan.

“Dimanakah 150,000 komputer riba yang dijanjikan ini?

Advertisement

“Apakah status peruntukan RM100 juta dari kerajan bagi pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba bagi pelajar IPT yang mendapat pinjaman PTPTN?

“Kerajaan Perikatan Nasional ibarat meletak garam pada luka warga marhaen.” katanya.

Terdahulu Roketkini melaporkan perkara antara dua soalan dibangkitkan Kasthuri yang juga merupakan Setiausaha Antarabangsa Wanita DAP.

Advertisement

“Tengku Zafrul harus sedar bahawa setiap satu kata dari mulutnya itu akan memberikan impak yang besar kepada kualiti pembelajaran dan keadaan kesihatan mental kanak-kanak dan pelajar-pelajar dari golongan B40 yang tertekan dengan status sosio ekonomi mereka,” tegas Kasthuri lagi.

Tengku Zafrul Tengku dalam satu kenyataan Januari lalu berkata, pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan dibuat pada Februari 2021.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top