BM | EN | 中文

15 tapak baru dikenalpasti, lebih banyak RMB akan dibina di Johor

RMB.jpg

Dzulkefly (dua,kiri) ketika menyempurnakan majlis pengundian terbuka RMB kategori C bagi Taman Scientex Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 FEB: Kerajaan negeri telah mengenal pasti 15 tapak baharu untuk membina Rumah Mampu Biaya (RMB) termasuk di daerah Mersing dan Muar.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, projek berkenaan akan dijalankan oleh dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC)  iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Perbadanan Islam Johor Holdings (PIJH).

“Sasaran kami adalah untuk membina sekurang-kurangnya satu projek RMB di setiap kawasan daerah bagi memberi peluang rakyat Johor memiliki RMB.

Advertisement

“Rumah tersebut akan dibina berdasarkan permintaan di lokasi. Sebagai contoh, sekiranya permintaan di kawasan tersebut pada harga lebih rendah, maka kami akan membina lebih banyak unit di bawah kategori A (RM42,000) dan kategori B (RM80,000) dalam projek itu, “katanya.

Dzulkefly yang juga ADUN Kota Iskandar berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media selepas menghadiri majlis pengundian terbuka RMB kategori C bagi Taman Scientex Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar, di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, Pengerang di Kota Tinggi mempunyai keluasan terbesar untuk dibangunkan projek RMB yang mana melibatkan kawasan seluas 70 ekar.

Advertisement

“Kami akan memberi tumpuan kepada permintaan di lokasi. Ini termasuk tidak membina unit RMB kategori C (RM150,000) di daerah Mersing bagi mengelakkan ianya tidak terjual.

“Pada masa ini, kertas kerja berkaitan projek itu telah diluluskan oleh mesyuarat majlis kerajaan (MMK) dan mereka akan menjalani beberapa prosedur kewangan dan perbendaharaan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga akan berusaha menawarkan usaha sama dengan pemaju swasta untuk tanah kerajaan bagi fasa seterusnya.

Advertisement

JohorKini

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top