BM | EN | 中文

15 lokasi taman, hutan di Johor dibuka untuk individu lengkap vaksin

gunung-pulai-1-e1444191563499.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 OKT: Sebanyak 15 lokasi membabitkan Taman Eko Rimba (TER), Hutan Taman Negeri (HTN) dan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini dibuka sernula kepada orang awam yang telah lengkap vaksinasi untuk melakukan aktiviti rekreasi dan pendakian.

Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) menerusi hantaran dalam laman Facebooknya memaklumkan, bagaimanapun kemasukan orang ramai hanya 50 peratus kapasiti dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut JPNJ. daripada 15 lokasi, empat TER iaitu Gunung Pulai 1, Gunung Arong, Soga Perdana dan Taka Melor mula dibuka semalam manakala HTN Gunung Arong dibuka Isnin (11 Okt) ini.

Advertisement

Kenyataan itu memberitahu. antara 10 kawasan pendakian HSK ialah Gunung Sumalayang, Gunung Muntahak, Gunung Panti, Pelepah Kiri dan Gunung Lambak, yang turut dibuka pada Isnin.

“Individu yang telah Iengkap vaksinasi dibenarkan membawa anak-anak mereka yang berurrur 18 tahun ke bawah bagi sebarang aktiviti dengan pernatuhan SOP yang ketat perlu sentiasa memakai peitup muka serta menjaga kebersihan.

“Bagaimanapun individu yang bergejala serta suhu badan melepasi 37.5 darjah celcius tidak diibenarkan masuk,” menurut JPNJ.

Advertisement

JPNJ menjelaskan, orang awam yang ingin menjalankan aktiviti pendakian di HSK perlu mendapatkan permit di Pejabat Hutan Daerah terdekat terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan berkenaan.

Selain itu kenyataan itu memaklumkan, orang awam juga perlu menggunakan Malim Gunung Perhutanan yang diiktiraf selain menyertakan salinan kad pengenalan dan vaksin Iengkap dalam aplikasi MySejahtera serta rnengimbas kod QR ketika masuk ke kawasan yang dituju.

JPNJ menyatakan orang awam boleh didakwa di bawah kesalahan memasukt HSK tanpa permit mengikut Seksyen 47(1) Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksirnurn tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top