BM | EN | 中文

15 individu langgar SOP di pusat hiburan dekat Taman Molek dikompaun

15-individu-langgar-SOP-di-pusat-hiburan-dekat-Taman-Molek-dikompaun.jpg

Gambar Ehsan Karangkraf

Advertisement

PASIR GUDANG, 5 NOV: Polis mengeluarkan kompaun terhadap 15 warga tempatan kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Molek di sini, tengah malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, mereka yang dikenakan kompaun itu adalah pelanggan dan seorang penjaga premis berusia 18 hingga 42 tahun.

“Dalam operasi ini kami melakukan pemeriksaan ke atas 14 pelanggan terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita. Ketika serbuan mereka duduk satu meja yang sama dan tidak menjaga SOP.

Advertisement

“Kami turut memeriksa seorang penjaga premis lelaki sebelum mengeluarkan kompaun bernilai RM25,000 untuk penjaga premis dan RM5,000 bagi setiap seorang pelanggan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Mohd Sohaimi berkata, hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen hiburan awam.

Katanya, dalam serbuan itu, beberapa barangan peralatan muzik turut dirampas.

Advertisement

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor 4/98 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara manakala kompaun pula dikeluarkan di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top