BM | EN | 中文

145 sekolah sertai Program Kelestarian Pendidikan LA 21

adib-azhari.jpg

Adib Azhari dalam Majlis town hall

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JAN : Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menjalankan Program Kelestarian Pendidikan LA 21 ke atas sebanyak 145 buah sekolah yang diadakan setiap tahun bermula 2020.

Ia melibatkan suatu proses pengauditan membabitkan Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Adib Azhari Daud berkata, tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman pihak sekolah tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran.

Advertisement

Katanya, selain itu, memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah komuniti setempat, seterusnya masyarakat dan negara.

“Berikutan itu, Majlis town hall yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mewar-warkan kepada semua Ahli Majlis MBJB, para pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di bawah kawasan pentadbiran MBJB yang melibatkan kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan PPD Pasir Gudang berkenaan pelaksanaan Program Kelestarian Pendidikan LA21.

“Sekolah-sekolah yang menyertai program ini akan dimaklumkan berkenaan kriteria yang akan dinilai dan seterusnya peserta akan diberitahu skor pemarkahan yang akan diberikan berdasarkan Borang Pengauditan Pregram Kelestarian Pendidikan LA 21,” katanya.

Advertisement

Adib Azhari berkata, di dalam sesi town hall ini juga, beliau turut memaklumkan hadiah yang akan ditawarkan kepada pihak sekolah berdasarkan penilaian yang akan diberikan oleh panel yang dilantik daripada agensi yang berkaitan.

“Hadiah yang ditawarkan adalah berupa geran projek pembangunan sekolah sebanyak RM20,000 bagi 28 sekolah terbaik yang mendapat markah melebih 80 peratus dalam auditan yang akan dijalankan.

“Melalui geran pembangunan ini, pihak sekolah boleh menggunakannya untuk apa-apa program pembangunan sekolah yang akan dibantu oleh MBJB seperti pembangunan infra sekolah, keceriaan, kebersihan dan lain-lain lagi,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top