BM | EN | 中文

140 aduan pencemaran sungai diterima JAS Johor sehingga Oktober 2020

8d86f907-c8c7-4d36-aaf7-178f8277d765.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR: 29 NOV: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menerima 140 aduan berkaitan pencemaran sungai di negeri itu antara Januari hingga Oktober tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R.Vidyananthan.

Beliau berkata semua aduan telah disiasat serta diambil tindakan susulan termasuk tindakan perundangan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seperti kompaun, notis arahan, perintah penahanan operasi dan tindakan mahkamah dikenakan terhadap premis yang didapati gagal mematuhi peraturan.

Katanya, antara pencemaran yang dikesan di sungai di Johor adalah sampah-sarap domestik/pepejal, aktiviti tapak pembinaan, lombong/pengorekan pasir sungai, ladang racun/pembajaan, ladang penternakan ayam/babi, industri/bengkel dan pembandaran.

Advertisement

“Selain itu, pencemaran aktiviti kumbahan (loji kumbahan/perumahan/industri), menangkap ikan (cara menuba ikan), tumpahan minyak/bahan kimia dan air larut resapan (leachate) dari tapak pelupusan sampah turut menjadi faktor utama pencemaran sungai di Johor, ” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau menjawab persoalan Ee Chin Li (PH-Tangkak) mengenai tindakan JAS dalam mengatasi masalah sungai, pencemaran sungai, longkang dan saliran air.

Adun Kahang itu dilaporkan Bernama sebagai berkata, JAS Johor turut membuat pemantauan kualiti air secara berkala ke atas sebahagian besar sungai utama di negeri itu yang menjadi sumber air mentah bagi loji rawatan air minum.

Advertisement

“Bermula tahun ini, JAS Johor mempertingkatkan program penguatkuasaan dengan mengadakan Ops Gempur ke kilang yang dikategorikan sebagai bermasalah di seluruh Johor dan di kawasan tumpuan seperti di Pasir Gudang.

“Antara aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS adalah terhadap kilang perindustrian, kilang kelapa sawit, kilang getah dan kilang-kilang yang memproses/mengitar semula buangan terjadual termasuk loji janakuasa, loji pengolahan kumbahan milikan kerajaan dan swasta, klinik, bengkel, hospital, hotel, kuari, gudang dan sebagainya,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top