BM | EN | 中文

14 sekatan jalan raya Ops Benteng dikekalkan di Johor

SJR-sekatan-jalan-raya-pkpb-pkpd.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OKT: Sebanyak 14 sekatan jalan raya (SJR) Ops Benteng di negeri ini akan dikekalkan, biarpun selepas kerajaan membenarkan rentas negeri di seluruh negara.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata 17 SJR membabitkan sempadan negeri akan ditutup.

Terdahulu, Ayob dilaporkan Berita Harian sebagai berkata, pasukan pematuhan dan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) akan ditingkatkan bagi memastikan masyarakat terus patuh SOP.

Advertisement

Difahamkan, sebelum ini terdapat 52 SJR seluruh negeri Johor.

Ops Benteng ini kita kekalkan, ia bukan berkaitan dengan COVID-19. Tetapi ia berkaitan dengan penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), kontraband dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor, Ahad lalu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis Johor akan bekerjasama dengan pihak Singapura bagi mengesan sindiket peminjam wang yang dipercayai terbabit kes khianat di kediaman Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Malaysia, Chua Jian Boon, baru-baru ini.

Advertisement

“Kita sedang mengesan dua peminjam yang berada di Singapura, yang menggunakan nombor telefon yang berdaftar dan juga akaun bank melibatkan transaksi di Singapura.

“Ramai pertikai kenapa kita tidak selesai dengan cepat, tetapi perlu tahu modus operandi kes ini amat teliti, termasuj cara kerja dan juga numb pendaftaran kenderaan yang digunakan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan rumah, Jian Boon di Kulai disimbah cat merah jam 11.15 malam pada Khamis lalu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top