BM | EN | 中文

14 dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap terlibat pergaduhan ditahan di Johor

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 NOV: Seramai 14 lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam dua insiden pergaduhan ditahan di Seri Alam dan Kulai, tiga hari lepas lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata siasatan mendapati lima individu yang ditahan merupakan anggota kumpulan kongsi gelap 36, empat anggota kumpulan 21 manakala lima lagi adalah anggota kumpulan 04.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur 21 hingga 40 tahun diberkas menerusi maklumat awam serta risikan, dan mereka kini direman sehingga 17 Nov, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Advertisement

“Ponca pergaduhan dlpercayai akibat salah taham dan pertengkaran mulut semasa mereka semua mabuk,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media, di sini semalam.

Sementara itu Ayob Khan berkata pihaknya turut menahan 16 lelaki berumur antara 17 dan 50 tahun disyaki anggota kumpulan kongsi gelap, menerusi Ops Cahaya yang dilancarkan di seluruh negeri pada 28 Okt sehingga 10 Nov lepas.

Advertisement

“Kita memeriksa 30 Individu dlpercayai ahli kumpulan kongsl gelap berdasarkan 66 kes kekerasan yang kita terima, dan hasil siasatan mendapati 16 daripadanya adalah anggota kumpulan kongsi gelap, yang kita dapat kesan menerusi tatu dan lambang pada tubuh badan mereka,” katanya dan menambah, mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Bellau berkata sejak awal Januari lepas sehingga hari ini, pihaknya telah menahan seramai 70 individu daripada tujuh kumpulan kongsi gelap mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Katanya daripada 70 individu terbabit, 29 adalah Geng 21, 16 individu Geng 36, sembilan individu Geng 04, lapan individu Geng 08, dua Geng Hong Kong San, lima Geng NGO Sek Kee dan seorang daripada Geng Kong Kia.

Advertisement

“Daripada kesemua yang ditahan ini, 20 individu iaitu 13 daripada Geng 21 dan tujuh daripada Geng 36 turut diambil tindakan dl bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top