BM | EN | 中文

14 didakwa ahli ‘Geng Nicky’ dilepas tanpa bebas

14-didakwa-ahli-‘Geng-Nicky-dilepas-tanpa-bebas.jpg

Gambar Ehsan FMT

Advertisement

SHAH ALAM, 30 SEPT: Seramai 14 individu didakwa ahli “Geng Nicky”, yang dituduh di mahkamah kerana mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan jenayah terancang, dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Halim Aman berkata, mahkamah sedar mengenai kuasa budi bicara pendakwa raya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan apa-apa prosiding di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Hakim berkata, beliau juga maklum bahawa peguambela tertuduh telah mengemukakan representasi ke Jabatan Peguam Negara.

Advertisement

“Pihak pendakwaan turut memaklumkan kepada mahkamah hari ini bahawa polis masih lagi menyiasat kes berkenaan,” katanya ketika membenarkan permohonan DNAA.

Ini bermakna, dakwaan di bawah Kanun Keseksaan digugurkan sementara tetapi mereka boleh didakwa semula atas kesalahan sama atau yang lain.

Susulan keputusan itu, lapan yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), turut dibebaskan.

Advertisement

Enam lagi dibebaskan bulan lalu selepas diikat jamin.

Terdahulu portal FMT melaporkan, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad berhujah bahawa DNAA itu adalah wajar selepas peguam tertuduh menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara.

“Kami juga meneliti bukti dan telah mengarahkan polis melakukan siasatan lanjut,” katanya.

Advertisement

Peguam Rajpal Singh berkata, mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk membebaskan semua 14 ahli terbabit.

Katanya, mereka ditahan pada Mac dan berada dalam tahanan polis selama 28 hari untuk siasatan, didakwa selepas itu dan tidak dibenarkan untuk diikat jamin atas alasan ia adalah kesalahan keselamatan.

“Pendapat pihak pendakwaan bahawa DNAA diberikan sementara menunggu siasatan lanjut adalah bersifat tidak adil dan prejudis kepada tertuduh,” katanya sambil menambah hidup mereka akan menjadi dalam keadaan yang tidak pasti.

Advertisement

Iskandar membantahnya sambil berkata keadilan diberikan bukan hanya kepada tertuduh tetapi juga negara mereka.

Semua tertuduh adalah Lim Kim Ming, seorang juruaudit; Lim Kang Li, pembantu peribadi kepada Nicky Liow dan dua adik-beradiknya, Wei Loon and Wei Kin.

Manakala yang lain ialah Lee Kum Weng, Loo Siew Chin, Jovian Joris Tan Chern Chian, Lee Kam Onn, Lee Han Keat, Eee Eng Chee.

Advertisement

Empat lagi rakyat China – Jiang Xue, Gue Xing Qiong serta pasangan suami isteri, Wang Yu Jin and Huang Lei.

Mereka antara 16 orang yang didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 6 April lalu di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Kesalahan di bawah seksyen itu boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Liow, 33, dan pembantunya, Niu Zhe, didakwa tanpa kehadiran kerana mereka masih dalam buruan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top