BM | EN | 中文

1,382 lokasi seluruh Johor jalani proses sanitasi

Vidyananthan-Ramanadhan-Kahang.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 APR: Sehingga 29 April, sebanyak 1,382 lokasi di seluruh negeri Johor telah terlibat dalam proses sanitasi awam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan.

Katanya, dari jumlah tersebut ia merangkumi 557 bangunan kerajaan, 132 rumah ibadat, 306 tempat awam dan 390 pelbagai premis lain.

“Operasi sanitasi awam yang dilaksanakan di negeri Johor telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama pelbagai agensi di peringkat daerah,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu Vidyananthan memaklumkan purata peratusan terhadap Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Negeri Johor pada 29 April 2020 adalah pada kadar 97 peratus.

Beliau turut mengingatkan rakyat Johor untuk terus mematuhi PKP dengan terus berada di rumah serta menjaga kesihatan diri, membersihkan tangan, menggunakan sabun atau hand sanitizer serta menjaga jarak sosial sebagai langkah memutuskan rantaian Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top