BM | EN | 中文

138 pelajar disyaki terkena simptom influenza susulan mengalami demam

IMG-20200120-WA0008.jpg

Aminolhuda (dua, kiri) ketika merasmikan Kempen Pencegahan Influenza Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Damai Jaya, Skudai, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JAN : Seramai 138 pelajar di negeri ini disyaki terkena simptom influenza susulan mengalami demam.

Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan berkata, berikutan itu, anak-anak yang mengalami demam batuk selesema tidak perlu hadir ke sekolah untuk mengelakkan penyebaran jangkitan lebih meluas penyakit itu kepada rakan-rakan lain.

Bagaimanapun katanya, jumlah berkenaan sekadar baru disyaki di mana mereka yang benar-benar positif dijangkiti wabak itu adalah mereka yang dirawat di hospital dan hanya boleh disahkan oleh pihak perubatan.

Advertisement

“Setakat ini apa saya nampak kawasan lain kurang, tidak begitu membimbangkan. Bimbang yang saya maksudnya adalah tidak ramai berbanding pelajar di sekolah ini kerana pelajar di sini paling ramai dalam Johor.

“Namun keadaan terkawal kerana benda ini baru disyaki, pengesahan sebenarnya di peringkat hospital bila pesakit itu sudah dimasukkan ke dalam wad dan dibawah pengawasan doktor.

“Itu baru sahih influenza seperti mana saya maklumkan minggu lepas terdapat sembilan orang kanak-kanak dalam daerah Johor Bahru positif influenza,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media selepas merasmikan Kempen Pencegahan Influenza Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Damai Jaya, Skudai, hari ini.

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yani berkata, melalui program yang turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan itu, para pentadbir sekolah terdiri daripada guru besar menerima maklumat berkenaan pencegahan dan penjagaan untuk mengelakkan jangkitan influenza.

“Derah Johor Bahru diutamakan kerana daerah berkenaan mempunyai paling ramai murid temasuklah 97 buah sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Advertisement

“Melalui kempen ini kita beri kepada sekolah-sekolah satu banner untuk kesedaran kepada orang ramai terutama ibu bapa tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top